biodata utk kakak angkat

My photo
gua hanya kuli syarikat keretapi bersatu tanah melayu..bukan cikgu besor, bukan engineer, bukan polis, bukan businessman..tp gua hanya kuli yang xde apa2..

ahli pelucah

Friday, July 9, 2010

welcome to sardin-itu-ikan dot belogspot dot kom

 klik gmbr utk ke blog sardin

hye
hawau yu?
nk bgtaw
we all blogger picisan yg xfeymes lgsg ade bikin 1 blog
blog utk kwn2..
kite share sama2
kita bukan mau kumpul follower, 
bukan mau kumpul komen plg byk, 
bukan mau kasi up trafic
tp mau kasi rapat hubungan jadik mcm family..
wlpun mgkin lu org ckp ade byk cara lagi mau rapat
tp ape de hal..ni cara kami
mau ajak lu org yg mempunyai nafsu serakah berblog
utk share blog sardin ni sama ktorg.
stkat ni yg dah join adalah gua, alvin, sabarimon, adeqq, kata si kila n lya kalers.
kl sudi, sila tinggalkn email lu utk we all invite jd penulis bersama

kt sini jugak lu org boleh cari jodoh ngn bloggers lain kl rasa lu kacak kelana / cantik menarik..
selain dari itu, kami juga menyediakan pakej pelansingan berat badan, pakej rawatan kulit muka, perlancongan ke dubai dan pakej urut di brickfield..

x..yg tu gua tipu je utk tarik perhatian lu


konsep entry sng je..
bon alvin kata cmni : 

Bon alvin: konsep entri
Bon alvin: letak pic yg kita amik sendiri
Bon alvin: dan taip entri tak panjang
Bon alvin: paling panjang pun bawah 30 patah perkataan
Bon alvin: hehe

padat dan ringkas hujah beliau kan?smbil di akhiri dengan gelak lucah

mknanya xkisah lu pakai kamera mekah ke, kamera henpon nokia N70, kamera pink @ DSLR, lu org lyk utk sertai kami..


contoh entry : klik sini
karya sabarimon

udah faham?

ya udah.. (tb2 gua ckp indon)
mau join, sila tinggalkan email lu utk kami invite
kl xsuke xperlu komen mengeji pasal gua takut lu xtahan kl gua keji lu balik.haha!

-sekian, smbutlah salam manis & mesra dari we all-  


sebarang kritik & saran
SMS ke
36368
1msg akan di caj 2kupang

Tuesday, July 6, 2010

ENTRY BUAT SAHABAT..SEMOGA SABARIMON PULIH


entry ni khas buat sahabat kami kt jepun..
smoga die tidak lupe diri menjelang exam yg bakal menjelang 27hb ni

sejak akhir2 ni mungkin penyakit ostromethamophosiscoriousintrametageraokawa
da melanda kawan aku ni
sila google pnyakit ni..
penyakit ni mcm wabak
ade musim
time exam je melanda

haish...
sama2 la kita solat hajat mlm ni, bdoa supaya sabarimon kembali pulih seperti sediakala..
semoga die kembali sedar diri
semoga die kembali tabah menjalani hari2 sebagai seorg student kt negara matahari terbit ni
masa sujud akhir nt, hrp korg doakan die lulus exam


PESANAN UTK SABARIMON


 aduhai sabarimon
 bile stdy, dan dan je mata rabak
tp kl on9, mata segar je
bile bukak buku, dan dan nk tdo
bile blogwalking, cargas je..

 wahai sabarimon
aku harap ko jd pelajar plg cemerlang exam semester ni
tlg la kalahkan result awek2 jepun tu wlpun aku sentiasa meminati dieorg
ko la wakil tunggal rakyat mesia kt situ
jgn hampakan kami kt sini yg menanti kepulangan ko dgn maria ozawa & ayumi hamasaki disisi nt..
smoga ko kembali pulih..

air tebuair tembikai, rendang, jelatah, KFC halal, big mc halal, pizza hut halal, ayam golek yg disembilh mengikut hukum Islam sedang menanti ko kt sini..
aku hrp makanan makanan ni blh wat ko jd terangsang utk belajar






ni sebagai perangsang utk ko blaja lbh rajin


sila kembali pulih!



bon alvin juga mempunyai matlamat yg sama
sila klik sini


peserta last minit nk join juga kempen mari berdoa..
sila klik sini..
paridmaupusat



Friday, July 2, 2010

kenapa perlu perbesarkan isu yg remeh??

ade sstgh org suke memperbesarkan isu yg remeh
dan ade yg suke meremehkan isu yg besar


xpecaya?moh tgk ni..
org2 yg membesarkan isu yg remeh


1. Jemaah bertumbuk dalam masjid
PERNU – Hanya kerana disangka menutup lampu masjid, seorang lelaki dibelasah beberapa jemaah lain di Masjid Bukit Pegoh, di sini, Ahad lalu.
Kejadian berlaku sebelum solat Maghrib apabila mangsa, berusia dalam lingkungan 37 tahun itu disergah seorang jemaah yang berusia 20an yang baru tiba.
Mangsa yang memegang jawatan ahli jawatankuasa masjid itu belum menyalakan lampu masjid kerana hari masih siang, tetapi dipercayai memadamkan lampu.
Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan menyerang jemaah itu selepas menyergah mangsa dengan pertanyaan "kenapa kau tutup lampu masjid?".
Mangsa kemudiannya diserang bertubi-tubi dan cuba melawan untuk mempertahankan diri sebelum seorang lagi jemaah yang juga ‘orang kuat’ masjid itu turut sama menyerang dengan mengetuk kepala mangsa dengan lampu suluh.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila berlaku campur tangan jemaah lain yang menyokong kedua-dua pihak berkenaan sehingga bertukar menjadi ‘medan gusti’ sambil disaksikan lebih 60 jemaah.
Akibat kejadian itu, mangsa dan beberapa jemaah terbabit mengalami lebam lebam.
Sumber berkata, kejadian itu ada kaitan dengan pemecatan salah seorang imam masjid itu beberapa bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu.


ape kata aku :
alahai..nmpak sgt lemah btul umat Islam skg ni..lampu surau punye pasal pun nk betumbuk ke?org kat palestin bejuang bematian nk pertahankan rumah Allah, Masjid Al-Aqsa dari diceroboh, korg boleh begaduh pulak dalam rumah Allah..,.bodohnye teruknye la..xblh bwk bincang ke?


 2. Najib minta rakyat cadang nama ANAK KUCING PARSI
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam. “Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda,” kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan. “Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini. “Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti,” katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen '”Beli Barangan Malaysia”, beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.


ape kata aku :
hah..ni sorg lg..ape jadahnye nk bg nama anak kucing pun kene mintak pandangan rakyat..ade byk lagi isu yg sepatutnye ko ptut mintak pndgn rakyat..isu gula ke..kemelesetan ekonomi ke, cdgn mengurangkan pengangguran ke, cdgn atasi masalah sosial remaja ke..xperlu la nk tnjuk kelembutan kononnye yg ada dalam diri tu dgn cara ni..


3. Isu pendidikan seks
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal yang berkaitan. "Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah-setengah negara yang sudah memperkenalkan (polisi ini) dan juga pakar yang ada di kementerian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan oleh banyak pihak.

"Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham bahawa ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.
"Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya, ada yang bimbang macam mana cara...jadi hal-hal sebegini kita kena ambil kiralah sebelum kita putuskan," katanya. - Bernama


ape kata aku lagi :
haish..ni lg sekor..kl dah taw masalah sosial remaja skg ni byk melibatkan seks bebas, knp nk diajar lagi pendidikan seks.kenapa x dipikirkan macam mana nk menangani isu ni?mungkin ade kelemahan dalam subjek pendidikan moral/Islam yg diajar kt skolah.bg aku sahsiah diri lbh penting dan boleh mengelakkan terjadinye kepincangan dalam masalah remaja skg ni.ko tgk, aku ckp pun da mcm menteri da.


4. Shahidan minta Khairy, Ibrahim berdamai
GEORGETOWN - Berdamailah demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya.

Demikian gesaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, isu itu tidak akan ada penghujung atau keputusannya jika kedua-dua tokoh itu terus mengkritik antara satu sama lain secara terbuka.
“Lebih baik mereka duduk berbincang atau bersemuka untuk menyelesaikan apa sahaja masalah atau isu yang berbangkit.
“Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian semalam.
Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis berkata, jika mereka terus bertegang leher dan tidak mahu mengalah, ia akan memberi gambaran tidak sihat.


apa lagi la kata aku ni :
hah..ko tgk..ko tgk..!org politik ni bile becakap memang mcm pandai.memperjuangkan kepentingan org Melayu la, bersatu teguh bercerai roboh la.tp sesama sendiri pun nk berbalah.bile kene batang hidung sendiri tiba tiba jadi mcm org bodoh.xtau nk setel baik2 cmne..kutuk2 blakang pulak tu..jumpa, setel depan2 sudah la..duduk, bwk bebincang.mengabiskan ruang kt paper je nk siarkan berita korg..baik siarkan crite rakyat miskin lg bagus






ade byk lagi isu, cm pemansuhan UPSR dan PMR..tp masing2 punye pendapat.bg aku xyah mansuhkan pun xpe..


ntah la..kl cmni, cmne la Msia nk maju kan Dato' Najib kan


















nota tapak kaki anak abah saya :


pg ni aku xleh nk komen blog yg pakai pop up window
BERUKband ni kdg2 bermasalah, mgkin beruk ni xmakan lg
jap g aku smbung komen blog korg pas bg beruk ni makan

Thursday, July 1, 2010

FAM yang TERbaik sgt!

aku rasa da ramai blogger yg ketengahkan isu ni, tp sempena wel kap ni, aku nk suarakan biar pihak FAM sedar diri skit, bg kerajaan bukak mata..moh tgk ni...




EXECUTIVE COMITEE FAM

PRESIDENT:
    KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah
Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah <---- no komen



DEPUTY PRESIDENTS:
YH Dato’ Sri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad
YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar <--------- ape yg die taw pasal bola???



VICE PRESIDENTS:
YBhg Dato’ Haji Che Mat Jusoh
YH Dato' Affandi Hamzah



GENERAL SECRETARY:
YH Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad <--- sape ni??



TREASURER EXCO MEMBERS:
Ybhg Tan Sri Dato' Seri Mohamad Noor Bin Abdul Rahim <--- sape ni?

tolong bgtaw aku, ape jadahnye sume executive comitee ni taw pasal bola???

fuck off sume executive ni..

sampah
cntikkan sampah warna warni


sepatutnye persatuan ni terdiri daripada org2 yg btul2 berlatar belakangkan sukan itu, btul menjiwainya dan bukannye di isi dgn org2 politik serta cmpur tangan dari pihak istana

alamak..terlebih sudah...kang kene saman kang kamen oii


atau pun mentaliti sesetengah org Mesia ni nk kene ade kabel sbesar pkok balak, sekeras cengal, baru senang nk wat keje, cari penaja & sebagainye?
bg aku perhatian dari pihak kerajaan yg plg penting..
bukan dgn cara pakai bapak segala kabel




sukan dan berpolitik adalah 2 dunia yg berbeza



FAM ibarat jentera yg mengarahkan ASKAR utk berperang,
tp org2 FAM terdiri drp org2 yg berlatarbelakangkan tarian, ballet, tukang masak, tukang karut, pelayan bar, pelakon, tukang urut dan what so ever















agak2 bile la Malaysia boleh masuk wel kap


xkn nk smpai org kata kl Mesia masuk wel kap salah satu tnda nk kiamat


hmm...








mintak maaf kl terkasar bahasa


kot2 la jd isu


tgk2 esok kuar berita tajuk


BLOGGER XTIONKAMEN DITAHAN KERANA MENYAMPAHKAN FAM DALAM BELOGNYA






dasar xleh kene tegur


babai

Tuesday, June 29, 2010

mus may bukan anak ibrahim pendek

hye.smoga sejahtera semuanye
lama xblogwalking
sori kwn..
aku cuma smpt jln2 kt bbrp blog wajib baca.hihi

hari tu kwan aku bgtaw
mus may anak ibrahim pendek
mati2 aku pecaya
bile aku bgtaw bon alvin, mati2 die gelakkan aku smpai tekeluar pusat die
cilaka..aku salah ke??



jom tgk ni...



MUS MAY


Nama : Musatafa bin Din
asal : kg.manjoi, ipoh, perak
pendidikan : sekolah menengah ipoh, perak
tarikh lahir : 10 mei 1968 (42tahun)
tinggi : xdiketahui..mungkin 15+.++cm
trivia : Selepas menamatkan persekolahan pada 1985, Mus dan Rosli (Handy Black) telah menubuhkan kumpulan yang bernama Green Agnour. Pada awal 1986, Man, Abu dan Yus mengajak Mus menubuhkan kumpulan MAY. Mereka menyertai pertandingan Juara Rock Perak pada bulan April 1986 dan menjadi juara

utk lbh info, klik sini


IBRAHIM PENDEK


Nama : ibrahim bin hassan
Tempat lahir : taiping, perak
Tarikh lahir : 1932
Tarikh meninggal : 25 november 2003 di HUKM ketika berusia 71tahun
Sbb kematian : ICU sbb pykit buah pinggang, paru2 berair & sesak nafas
Tmpt dikebumikan : tanah perkuburan taman midah, cheras, KL
Tinggi : 130cm
Bil anak : 7 orang
Trivia : Dalam The Spiral Road (1962), Ibrahim berlakon di Hollywood bersama Rock Hudson dan Gena Rowlands (bintang filem melayu pertama berlakon di Hollywood)
Filem terakhir : XX Ray


utk lbh info klik sini




ternyata MUS MAY bukan anak IBRAHIM PENDEK
dah sah2 nama bapak MUS MAY adalah DIN..bukan pak brahim
wlpun dua2 asal dari perak, muka mcam ank branak, ketinggian pun lbh kurang..






almon..ko blh gelak puas2 skg..
aku dpt trima dgn tenang..
 
 
 
 
gampangnye...aku kne tipu

Tuesday, June 22, 2010

kisah pak guard kt uma gua


assalamualaikum
smoga korg sntiasa dilindungi Allah
harini mode "gua"..
so gua akan bhasakan diri ni sbgai gua
mencuba kelainan stlh bbrp lama berbloging
mgkin lepas ni menggunakan KITE pulak ke
br nmpak manja

kt perumahan gua ade sorg pak guard dari pakistan
tp amat fasih berbahasa melayu
memula gua xbrp kenal,
tp bile nk blk kg, abg gua leh bg salam kt die yg gua sgka die ni india
dr situ gua mula rapat ngn die
gua antara pendudk yg xperlu beli stiker
pasal kamceng ngn persatuan pak guard pak guard lestari perdana

kisah sorg pak guard ni
abg gua cite pasal die ptg haritu
nama die abid
bukan abidah hani mahupun abidul hamdan bin roslan
asal dari pakistan
umo lingkungan 28 tahun 12 bulan 4 hari
br duduk kt mesia 8 tahun 13 minggu
kt blkg baris uma gua ade satu surau baru siap
xsgka abid ni imam surau tersebut
beliau hafal 30juzuk al-quran
alhamdulillah..

pada suatu petang bilamana abg gua nk bg die makanan keropok ikan,
abg gua interview die, cmne die leh keje sini

beliau ckp,
"dulu masa kat pakistan, ayah saya suruh blaja tgi2 mcm abg2 saya,supaya kerja bagus, tp saya xnk.
sy berkeras ckp mau belajar agama, xnk dgr ckp ayah
ayah halau dari rumah..saya lari, duduk kt pondok kt kubur
tp bbrp hari lps tu ayah sy pujuk balik rumah, pujuk lg suruh blajar tgi2
tp saya ckp semua ini dunia saja
kl sy blajar agama, hafal al-quran, akhirat nt sy boleh selamatkan ayah,
mak ngn adik bradik saya
ayah xbangkang lg
die antar sy blajar agama
abis blajar agama, saya cr kerja
tp xdpt, pasal saya xde pendidikan tgi
saya register utk kerja security
dpt kt mesia"

bile abg gua tye "xkisah ke gaji kecik?"
beliau jawab "sy xkisah, pasal sy taw Allah sentiasa tlg saya,
harini abg bg saya makanan,
ni pun Allah tlg saya"

gua sgt kagum ngn Abid
beliau wat gua berpikir ttg diri sndiri
kl kite kt tmpt die,sggup ke jd cm die







yg kite nmpak skg ni,
ada org sibuk nk libas org guna parang
kejadahnye
hm...













xramai org mcm Abid zaman skg..