biodata utk kakak angkat

My photo
gua hanya kuli syarikat keretapi bersatu tanah melayu..bukan cikgu besor, bukan engineer, bukan polis, bukan businessman..tp gua hanya kuli yang xde apa2..

ahli pelucah

Tuesday, September 23, 2008

Teka teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tuesday, September 16, 2008

Teka-teki sengal



S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

J : Ikan kembung.


S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?

J : Michael Jackson.


S : Bebanyak singa, singa apa yang tak makan daging?

J : Singapura.


S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?

J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.


S : Burung apakah yang paling penyayang?

J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.


S : Lembu apakah yang selalu dicari?

J : Lembu apalagi... lembu yang hilanglah.


S : Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga,tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?
J : Kentut...


S : Bom apakah yang tak pernah meletup?

J : Bomba ataupun kuih bom.


S : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?

J : Teksi.


S : Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?

J : Pintu yang ade tulis 'TARIK'


S : Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

J : Pembohong


S : Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?

J : Usus


S : Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?

J : Kutu rambut


S : Nenek sape jalannya meloncat-loncat?

J : Neneknye si katak


S : Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?

J : Sbb lelaki ni kan 'buaya'


S : Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?

J : Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'

Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'


S : Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?

J : Dua-dua tak kenal korang...hehe


S : Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?

J : Tukang gali kubur


S : Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

J : Tahi hidung


S : Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?

J : Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat


S : Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?

J : Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape


S : Gajah terbang dengan ape?

J : Dengan susah payah......


S : Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?

J : Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje


S : Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?

J : lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam


S : Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

J : kambing binATANG

Mutiara kata


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak'


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"


"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"


"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"


"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"


"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"


"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"


"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"


"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"


"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"


"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"


"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"


"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"


"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"


"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"


"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"


"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"


"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"


"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"


"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"


"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"


"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"


"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"


"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"


"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"


"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"


"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"


"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"


"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"


"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

Saturday, September 6, 2008

politik yang kotor







Politik politik politik..Kotornye la politik ni. Ape yang tersirat, ape yang tersurat? Ape yang fakta, apa yang auta?Hahaha..mcm² cite yang kite xtau. Liwat, letupkan/bunuh orang, rasuah,sex video,kroni², mana yang btul mana yang tipu, sape yang pada pihak yang benar, sape pada pihak yang salah?.Ntah la.tp masing² ade persepsi ngan pendapat masing-masing.


Tapi pada aku, sape yang ade kuasa, die bley wat ape je.Bile ada kuasa, duit memang da confirm xde masalah.Bile da ade duit ngan kuasa, mula kumpul orang/kroni.Pastu paham² sudah.Mcm² blh jd. Tu yang berani sumpah sana, sumpah sini..Sanggup nk sumpah kene laknat.Kalau tipu, siap sedia la kene laknat. Mcm² bala akan dok datang. Memang xkan senang punye hidup. Bukan nk sebelahkan mana2 pihak, tapi rakyat da bijak menilai..Cam nabil kata, LU PIKIR LA SNDRI.


Mcm2 janji² manis, ideologi dan pendapat masing yang diketengahkan pada rakyat especially masa time pilihanraya.Harap2 yang menang pilihanraya jangan dok wat² lupe janji² manis yang da di tabur.


Tringin gak ngan bgtau yang fakta vs auta dlm blog ni. Tapi nanti x pasal² jadi cm RAJA PETRA yang di dakwa kerana pendapatnya dalam yang blog. We still don't know the truth rite?


Tapi korang penh tepikir x, mana pegi BALA (pirvate investigator) yang kaitkan TPM kite ngan Altantuya?Agak pelik pasal masa mula2 die wat sumpah, muka die agak confident masa tu. Then, suddenly die tarik balik sumpah die dengan alasan masa sumpah dulu dia dalam keadaan tertekan.Hahaha..Bley pecaya ke?Now he is missing in action.Huahuahua...


Sumpah laknat SAY-FOOL (saiful)


Katanya xde kene mengena ngan politik. Tapi knp sumpah dibuat pada beberapa hari saja lagi sblm penamaan calon pilihanraya permatang pauh..Someone looks like very desperate at this time and used SAY-FOOL as a tool to fullfish their desire.Haha..Dengan TANGAN KIRI yang memegang kitab suci Al-Qur'an dan TANGAN KANAN yang memegang nota, die pn bersumpah. Hmm..LU PIKIR LA SNDRI..


Mcm2 lagi la..tp cukup la smpai sini je aku bgtau ape yang fakta, ape yang auta.hahaha..