biodata utk kakak angkat

My photo
gua hanya kuli syarikat keretapi bersatu tanah melayu..bukan cikgu besor, bukan engineer, bukan polis, bukan businessman..tp gua hanya kuli yang xde apa2..

ahli pelucah

Friday, July 2, 2010

kenapa perlu perbesarkan isu yg remeh??

ade sstgh org suke memperbesarkan isu yg remeh
dan ade yg suke meremehkan isu yg besar


xpecaya?moh tgk ni..
org2 yg membesarkan isu yg remeh


1. Jemaah bertumbuk dalam masjid
PERNU – Hanya kerana disangka menutup lampu masjid, seorang lelaki dibelasah beberapa jemaah lain di Masjid Bukit Pegoh, di sini, Ahad lalu.
Kejadian berlaku sebelum solat Maghrib apabila mangsa, berusia dalam lingkungan 37 tahun itu disergah seorang jemaah yang berusia 20an yang baru tiba.
Mangsa yang memegang jawatan ahli jawatankuasa masjid itu belum menyalakan lampu masjid kerana hari masih siang, tetapi dipercayai memadamkan lampu.
Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan menyerang jemaah itu selepas menyergah mangsa dengan pertanyaan "kenapa kau tutup lampu masjid?".
Mangsa kemudiannya diserang bertubi-tubi dan cuba melawan untuk mempertahankan diri sebelum seorang lagi jemaah yang juga ‘orang kuat’ masjid itu turut sama menyerang dengan mengetuk kepala mangsa dengan lampu suluh.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila berlaku campur tangan jemaah lain yang menyokong kedua-dua pihak berkenaan sehingga bertukar menjadi ‘medan gusti’ sambil disaksikan lebih 60 jemaah.
Akibat kejadian itu, mangsa dan beberapa jemaah terbabit mengalami lebam lebam.
Sumber berkata, kejadian itu ada kaitan dengan pemecatan salah seorang imam masjid itu beberapa bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu.


ape kata aku :
alahai..nmpak sgt lemah btul umat Islam skg ni..lampu surau punye pasal pun nk betumbuk ke?org kat palestin bejuang bematian nk pertahankan rumah Allah, Masjid Al-Aqsa dari diceroboh, korg boleh begaduh pulak dalam rumah Allah..,.bodohnye teruknye la..xblh bwk bincang ke?


 2. Najib minta rakyat cadang nama ANAK KUCING PARSI
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam. “Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda,” kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan. “Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini. “Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti,” katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen '”Beli Barangan Malaysia”, beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.


ape kata aku :
hah..ni sorg lg..ape jadahnye nk bg nama anak kucing pun kene mintak pandangan rakyat..ade byk lagi isu yg sepatutnye ko ptut mintak pndgn rakyat..isu gula ke..kemelesetan ekonomi ke, cdgn mengurangkan pengangguran ke, cdgn atasi masalah sosial remaja ke..xperlu la nk tnjuk kelembutan kononnye yg ada dalam diri tu dgn cara ni..


3. Isu pendidikan seks
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal yang berkaitan. "Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah-setengah negara yang sudah memperkenalkan (polisi ini) dan juga pakar yang ada di kementerian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan oleh banyak pihak.

"Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham bahawa ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.
"Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya, ada yang bimbang macam mana cara...jadi hal-hal sebegini kita kena ambil kiralah sebelum kita putuskan," katanya. - Bernama


ape kata aku lagi :
haish..ni lg sekor..kl dah taw masalah sosial remaja skg ni byk melibatkan seks bebas, knp nk diajar lagi pendidikan seks.kenapa x dipikirkan macam mana nk menangani isu ni?mungkin ade kelemahan dalam subjek pendidikan moral/Islam yg diajar kt skolah.bg aku sahsiah diri lbh penting dan boleh mengelakkan terjadinye kepincangan dalam masalah remaja skg ni.ko tgk, aku ckp pun da mcm menteri da.


4. Shahidan minta Khairy, Ibrahim berdamai
GEORGETOWN - Berdamailah demi kebaikan orang Melayu dan tidak perlu membazir tenaga dengan perkara remeh yang tiada kesudahannya.

Demikian gesaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin agar tidak meneruskan pergeseran dan perang mulut yang berlarutan mengenai isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Menurutnya, isu itu tidak akan ada penghujung atau keputusannya jika kedua-dua tokoh itu terus mengkritik antara satu sama lain secara terbuka.
“Lebih baik mereka duduk berbincang atau bersemuka untuk menyelesaikan apa sahaja masalah atau isu yang berbangkit.
“Kita semua termasuk mereka berdua mempunyai matlamat perjuangan yang sama dan amat malang dan merugikan jika kita bergaduh sesama sendiri. Musuh kita akan bersorak dan bertepuk tangan melihat keadaan itu,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian semalam.
Shahidan, bekas Menteri Besar Perlis berkata, jika mereka terus bertegang leher dan tidak mahu mengalah, ia akan memberi gambaran tidak sihat.


apa lagi la kata aku ni :
hah..ko tgk..ko tgk..!org politik ni bile becakap memang mcm pandai.memperjuangkan kepentingan org Melayu la, bersatu teguh bercerai roboh la.tp sesama sendiri pun nk berbalah.bile kene batang hidung sendiri tiba tiba jadi mcm org bodoh.xtau nk setel baik2 cmne..kutuk2 blakang pulak tu..jumpa, setel depan2 sudah la..duduk, bwk bebincang.mengabiskan ruang kt paper je nk siarkan berita korg..baik siarkan crite rakyat miskin lg bagus






ade byk lagi isu, cm pemansuhan UPSR dan PMR..tp masing2 punye pendapat.bg aku xyah mansuhkan pun xpe..


ntah la..kl cmni, cmne la Msia nk maju kan Dato' Najib kan


















nota tapak kaki anak abah saya :


pg ni aku xleh nk komen blog yg pakai pop up window
BERUKband ni kdg2 bermasalah, mgkin beruk ni xmakan lg
jap g aku smbung komen blog korg pas bg beruk ni makan

31 comments:

kk said...

ni lah org kate punca punca cari masalah .belit diri.haha

Farid MOFASAD said...

kau semakin matang la kamen... bagus lah...







amin..










prutttt

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

no2 tue memang xleh blah...
hahahaha...
;)

cik pingu said...

kamen, aku suke entri ni..

teruskan usaha anda..

keep it up!! :)





bg beruk ko makan banyak skit ye.hihi

aNiSa hANg tUaH said...

hehee.
takut nak ckp pasal politik

Anonymous said...

kamen2!
mne butang like??
nak like!!!









aku adalah aki... ahahaa

kella said...

hahaha.. bagus bagus kamen! byk isu isu remeh yang diperbesarkan.. antara kita mahu sedari atau tak je kan... kau telah menyedarkan.. hhihihih

DuniakuAbstrak said...

bulu idung aku ok, bulu bontot ni ko bleh tlg cukurkan? hak hak..

kadang2 memang begitu..isu remeh d besarkan , isu besar d remehkan..

kena buat usul

"JGN BESARKAN ISU REMEH LA SYAITON"

hahahah

aLy said...

aku suke entri ko kali ni

tapi aku tak suke font size entri ko kali ni

bley wat aku tambah rabun

dan tahniah!

ko semakin matang

(dan nampak la ko cam tua sikit dari aku kan kan kan)

cik helena said...

kecik sangat tulisan jenuh nak baca,ahaaha


kan najib kan?hahaha

jane said...

kehkehkehkehkeh
bijak2... umur bape ni adek kamen ni...

sama umur ngn bg vinon ke?


hahahahha
hye abg vinon =)

HonEyBuNNy said...

macam2 ke hal kan mnusia sekarang..ohh..berukband buat hal eh...ehhehe...sabo2..

Lya Colours said...

mmg bodoh dlm masjid pon nak bergaduh
tuh kan rumah ALLAH
hormat sket la !!!
marah btol ni

.sweet-ants. said...

setuju
byk lagi masalah kt dunia ni utk
kite berfikir, yg remeh2 tu jgk jd isu...
kdg2 org islam ni berlagak terlebih sygkan agama tp x mnunjukkan sikap islam tu sndri...

Dyna Yvonne said...

entry yg mbuatkan aku pk panjang...
cne nk tangani mende2 yg remeh neh skang..
tp kadang2 media yg men peranan..dorg suke hot kan satu2 mende nk besar2kan..
pndgn aku lah~

>_<

whitedaisy said...

dh besar la kamen kita nih..

alvin takda umah harga 8juta said...

kau ni nampak sgt sayang najib..



haishh...
aku boh nama anak kucing tu rosmahtuya..

maisyara Pot! Pot! said...

mereka terbelit-belit, lepas tu tergupal-gupal, last baru terguling-guling... erkkk... ko paham tak? ^^










* bagi aku, mereka macam kanak-kanak ceria baru nak tahu selesaikan masalah remeh. ops! ngee^^

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

sorry beb.. Sejak kebelakangan ni tak dapat ziarah korang pasal ade problem komputer lah.. ni dah kembali normal cam biasa ye

Beb gilerrr lah diorang siap bergusti kat masjid... ceh buat malu orang kampung aje...

pasal lampu punya hal heran betul lah... ape pun memang penulisan kali ni nampak ko begitu mataang sekali... banyak hal yang ko bangkitkan tu...

ni kena syorkan bawak kat dewan parlimen untuk di bahaskan... kalau masuk pun pasti kena gelak seluruh dewan ... camner...

ape pun hormatilah masjid tempat ibadat bukan untuk bertumbuk.. isshhh macam-macam hal masalah negara betul lah...

janganlah kita semua tiru dan ambillah tauladan darinya

hellioz said...

yeah
lu memang rawk
lme dah gwa pk pasal mende2 tuyh
corg ni pk pakai kepala lutu ke hape

yg paling gwa menyirap anak kucin tu la
beli anak kucin seko pon menceceh heboh sane sini
mcm pukimak
bodo punye orang
gyahahahahahaahahahah~

@yuE said...

alaaaa dia nak tunjuk kata dia penyayang la tu...



pendidikan seks tu...hoh aku sekarang ni pon tak taw seks tu ape...kesian kat aku...

Bulan Di Langit Osaka Biru said...

ahahhaa.. aku tak bley blah pasal bagi nama kat anak kucing tu ....
aku mang rasa itu sesuatu yang sengal...

kau tengok alvin, dapat kucing.. tak pyah susah pun nak mintak nama kt org lain... hahahahh

nice entry

nuraimyasmin said...

reaksi aku bile bace kann,

1: aku geleng kepala.

2: aku gelak guling2. tgk tajuk pon dah macam 'eh?'. ekeke

3. takde perasaan. pandai2 ah diorang.

4. aku terangguk2.. tau pon..

c(;

Aujinz said...

tak leh blah betul..
muahahhahaha..

aku nak pandangan rakyat gak aa..
mintak namakan ikan laga aku..

muahahhaha

deus X machina said...

nama yang sesuai untuk anak kucing najib ialah parituyamaupusatz












prutttt

Linglung said...

gua cadangkan kat najib suruh bagi nama kat kucing beliau sbg monggol!!..hahaha

nasikputeh said...

lama dah aku tak baca paper..
nmpak sgt ketinggalan...
huhu..

I_Hate_Lolipop said...

politic sucks!

¶A.K.I¶ said...

makan teloR 0 la kamen!

kena 0-4 ngn jerman ni!!


haiss!!

gogo aki klose!

wong ah ian said...

haha aku dah komen..
dan aku setuju ngan setiap ape yg ko ckp..jom blanje aku teh o ais..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

ohhhh masjid ku.. tapi ape hal plak korang citer pasal nama kucing tu.. ni mesti angkara alvin tu...